Sekapur Sireh

Selamat datang ke Laman Web Bahagian Penilaian Akademik (BPA). Menerusi laman ini adalah diharapkan agar warga UiTM dan masyarakat umum dapat mengenali Bahagian Penilaian Akademik UiTM secara dekat melalui wadah maya.

Sebagai sebuah jabatan yang mengurus dan menyelaras hal ehwal peperiksaan seluruh sistem, adalah menjadi matlamat utama kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih cekap dan mesra kepada pihak-pihak berkepentingan, terutamanya kepada pelajar dan staf dari fakulti, pusat, UiTM Cawangan, Kolej-kolej Bersekutu dan bahagian-bahagian lain di UiTM...Read More

 

Latar Belakang Bahagian Penilaian Akademik

Bahagian Penilaian Akademik telah ditubuhkan pada 1 Julai 1988 dan pada ketika itu bahagian ini dikenali sebagai Unit Peperiksaan. Pada awal penubuhannya, Unit Peperiksaan diletakkan di bawah Pejabat Pendaftar. Mulai 1 Ogos 1996, Unit Peperiksaan ditukar nama kepada Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan dan diketuai oleh seorang Timbalan Pendaftar.

Sesuai dengan fungsinya, Bahagian Penilaian Akademik kemudiannya diletakkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Akademik mulai Januari 2001. Seterusnya mulai 1 Februari 2003 Pengarah Peperiksaan telah dilantik dari kalangan staf akademik untuk mengetuai Bahagian Penilaian Akademik. Apabila perlaksanaan konsep "Let Managers Manage" dilaksanakan di UiTM, maka bahagian ini kini diterajui oleh seorang Pentadbir dari gred N54/N52 (Ketua Timbalan Pendaftar/Timbalan Pendaftar Kanan).

Bagi memantapkan lagi sistem pengurusan kualiti, Bahagian Penilaian Akademik telah melaksanakan penstrukturan semula dan kini bahagian ini terdiri daripada 2 unit iaitu Unit Pengendalian Peperiksaan dan Unit Kualiti dan Pentadbiran Am...Read More